Antarabangsa motorsport

Rossi sukar saingi pelumba top

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rossi

 

VALENTINO Rossi tidak lagi menjulang mahkota kejuaraan MotoGP sejak tahun 2009.

The Doctor dinilai akan berdepan kesukaran menjadi juara untuk menghadapi pelumba handalan musim ini selain dimamah faktor usia.

Malahan, ramai pihak tidak nampak peluang Rossi untuk meraih kejuaraan MotoGP 2021.

Salah satu yang meragui pelumba Petronas Yamaha itu adalah Marco Lucchinelli.

Lucchinelli, yang pernah merasai nikmat juara dunia tahun 1981, menilai Rossi tidak lagi mampu bersaing dengan pencabar lain lebih hebat

“Dia belum pernah memenangi Kejuaraan Dunia sejak 2009. Dia nampak selalu akan memenangi Kejuaraan Dunia, tapi MotoGP juga dimenangi pelumba lain.

“Saya tidak bermaksud buruk (merendahkan keupayaan Rossi), tapi ketika ada pelumba yang sangat kuat seperti Lorenzo, Marquez dan Stoner, Valentino tidak pernah lagi meraih Kejuaraan Dunia. Saya bukannya mhau merendahkan dia, tapi memang hasilnya begitu,” kata Lucchinelli, dipetik dari Tuttomotoriweb.

Sepanjang tempoh ini, Rossi sering kalah bersaing dengan nama-nama top lainnya seperti Jorge Lorenzo (2010, 2012, 2015), Casey Stoner (2011), Marc Marquez (2013-2014, 2016-2019), hingga Joan Mir (2020).

Lelaki berusia 42 tahun itu hanya mampu muncul naib johan pada musim 2014 dan 2015.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: