Antarabangsa Basikal Terkini

“We r proud of you, Malaysia Boleh”


JAGUH  berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yang mengungguli kedudukan teratas ranking dunia bagi acara pecut individu ternyata terharu dan tidak menjangkakan mendapat ucapan tahniah dari  Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diatas kejayaan tersebut.

“Wah tak disangka, harini saya dapat berita gembira pula. Happy sangat dengan ucapan tahniah dari Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah atas pencapaian baru-baru ini.

“Menjunjung Kasih Tuanku. #daulattuanku,” jelas Azizul yang berkongsi kegembiraannya menerusi ciapan twitter miliknya sebentar tadi.

Ciapan tersebut sebagai maklum balas dari ucapan tahniah Tunku Azizah sebelum itu yang bangga dengan kejayaan Azizulhasni.

“Tahniah dari saya dan Tuanku Agong…we r proud of you…Malaysia Boleh…alhamdulillah,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: