Antarabangsa Bola Sepak

Tangisan hiba Jurgen Klopp


JUERGEN Klopp tidak boleh menahan emosinya setelah Liverpool dikalahkan oleh Leicester City, malam tadi.

Malahan, pengurus asal Jerman itu sempat dirakam lensa kamera dalam keadaan menangis.

Klopp menangis dalam sidang media selepas perlawanan. Satu video di media sosial yang menunjukkan Klopp menyeka air mata ketika ditanya peluang Liverpool mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Pada video tersebut, Klopp mengakui bahawa peluang kejuaraan sudah hilang.

Dia juga tidak mempercayai perkara tersebut boleh terjadi, kini ketinggalan 13 mata dari Manchester City di puncak liga.

Tangisan Klopp ini juga boleh dipengaruhi oleh suasana hati yang sedang rapuh sebelum perlawanan.

Ibunya, baru-baru ini meninggal dunia dan Klopp juga tidak boleh melihat urusan pengebumian kerana situasi Covid-19.

“Dia sangat bererti bagi saya. Dia benar-benar ibu yang terbaik,” kata Klopp kepada surat khabar Jerman, Schwarzwaelder Bote.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: