Antarabangsa Bola Sepak

Messi lelong but pecah rekod


Messi sedia lelong butnya bagi tujuan amal.

LIONEL Messi menyumbangkan kasut bola yang pernah digunakan ketika memecahkan rekod gol bersama Barcelona.

Sepasang kasut miliknya akan dilelong untuk tujuan amal.

Messi mencatatkan rekod sebagai pemain dengan jumlah gol terbanyak dalam satu kelab semasa Barcelona menang 3-0 ke atas Real Valladolid di Liga Sepanyol pada 23 Disember 2020. La Pulga menyumbang satu gol dalam pertandingan tersebut.

Tambahan satu golnya itu menjadikan Messi kini sudah mengumpul 644 gol sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Jumlah tersebut mengalahkan rekod yang sebelumnya dipegang legenda dunia asal Brazil, Pele.

Memetik laporan The Sun, Messi merancang melelong but dan kesemua jualan itu akan disumbangkan untuk kanak-kanak yang menderita penyakit kanser.

Ketika ini, but berjenama Adidas milik Messi sedang dipamey di Museum Nacional d’Art de Catalunya di Barcelona.

Kasut pemain berusia 33 tahun tersebut dipamerkan di sana selama sebulan sebelum dilelong pada April.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: