Antarabangsa Permotoran

Alonso terbabit kemalangan jalan raya


MEDIA Itali melaporkan juara dunia dua kali, Fernando Alonso terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berbasikal di Lugano, Switzerland pagi tadi.

Pasukannya, Alpine F1 mengesahkan Alonso kini dalam keadaan baik dan akan melalui beberapa ujian kesihatan pada Jumaat.

Alonso dikatakan berlatih dengan basikalnya, sebagai rutin pra-musimnya, seperti yang dilakukannya setiap tahun.

Berita itu dilaporkan oleh La Gazzetta dello Sport dan disahkan oleh MARCA, walaupun pada masa ini tidak banyak maklumat mengenainya.

Warganegara Sepanyol itu dibawa ke hospital di mana dia telah menjalani x-ray dengan berkemungkinan mengalami patah tulang walaupun belum disahkan secara rasmi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: