Bola Sepak

Saddil Ramdani semakin hampir sertai The Rhinos


Saddil Ramdani.

 

PEMAIN asal Indonesia, Saddil Ramdani semakin hampir sertai pasukan Liga Super Malaysia, Sabah.

Ia selepas Pengurus Bhayangkara Solo FC dikhabarkan sedia melepaskan sayap handalannya itu, lapor Kompas.com.

“Bismillah,” ucap pemain berusia 22 tahun itu.

Perpindahan Saddil ke Malaysia sempat menimbulkan drama berikutan ikatan kontraknya dengan Bhayangkara Solo FC hanya akan tamat akhir Februari ini mendatang.

The Rhinos, nama gelaran untuk pasukan Sabah, memutuskan untuk mengambil jalan tengah.

Saddil dilepas Bhayangkara Solo FC dengan status pinjaman terlebih dahulu, sebelum diberi kontrak kekal.

Saddil Ramdani dikatakan gembira apabila hajatnya untuk bergabung dengan jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto dan pengurusan Sabah FA menjadi kenyataan.

Untuk rekod, Saddil pernah menyarung jersi Pahang dan ini merupakan musim keduanya di Malaysia.

Ketika ini, dia masih menyelesaikan proses dokumentasi yang diperlukan untuk berangkat ke Sabah.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: