Bola Sepak Terkini

Liga M 2021 berjalan seperti dirancang

 

[videopress S44SyOFD]

SUBKHI SUDARJI dan MOHD IZARI ROSLI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan saingan Liga Malaysia 2021 yang dijadualkan diadakan pada 5 Mac nanti akan berjalan seperti yang dirancang.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Abd Ghani Hassan berkata kepada CAKAPSUKAN, beliau yakin dan percaya bahawa diperingkat Kerajaan juga akan menyokong perjalanan Liga Malaysia ini sebab yang melibatkan banyak pihak serta industri yang besar diperingkat negara kita.

” InsyaAllah, MFL sedang jalankan perancangan terutamanya tentang SOP kebenaran jalani latihan terlebih dahulu sekurang-kurangnya awal sebulan dari 5 Mac untuk pasukan bersedia harungi saingan.

“Alhamdulliah perbincangan MFL dengan KBS terutamanya Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican amat positif.

“Ini satu perkara yang baik,” jelasnya ditemui dipejabatnya, sebentar tadi.

Sebelum ini MFL memaklumkan saingan Liga M yang sepatutnya bermula pada 26 Februari lalu ditunda ke tarikh baharu pada 5 Mac depan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan di seluruh negara bermula 5 Feb sehingga 18 Februari kecuali Sarawak ketika ini.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani turut memaklumkan, tempoh masa sebulan diperlukan bagi pasukan menjalani latihan dan pra perlawanan sebelum saingan Liga Malaysia bermula.

Katanya, MFL sentiasa berbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab masing-masing mengenai persediaan pasukan beraksi dalam situasi pandemik Covid -19 ini.
“Mereka telah diterangkan status terkini dan faham SOP yang dicadangkan MFL dan bersedia mengharungi Liga M diperingkat masing-masing.
“Tetapi kita perlukan kepastian diperingkat MKN untuk pasukan jalani latihan dengan SOP tertentu bagi pasukan menjalani latihan.
“Semua pasukan memahami pandemik Covid-19 ini  yang perlu juga diatasi dan bersedia menghadapi SOP yang ketat jika diluluskan ,” ujarnya.

Isnin lalu, Reezel Merican berkongsi perkhabaran gembira bakal buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa terdekat walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari.

“Sukan sebagai industri membawa pelaburan komersil yang bernilai tinggi termasuklah penajaan korporat, penyiaran dan kandungan siaran dengan “eye ball” yang cukup tinggi serta penjualan “merchandise” yang melibatkan kejohanan-kejohanan utama seperti Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) dan sebagainya.
“Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang cukup memahami akan perkara ini dan insya Allah, SOP yang bersesuaian sedang dibincang untuk disesuaikan dalam suasana PKP ini. Saya letakkan keyakinan juga bahawa penggiat dan pemain sektor sukan ini sebenarnya cukup teliti dan patuh kepada peraturan atau SOP.
“Insya Allah, saya menjangkakan ada sinar buat kita semua dalam masa terdekat. Jaga diri dan jaga keselamatan kita. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19,” ujarnya menerusi catatan terbaru pada akaun Facebook rasminya.
Tags

Add Comment

Click here to post a comment