Antarabangsa Bola Sepak

Kad merah David Luiz malapetaka untuk Arsenal


Luiz tergamam apabila dilayangkan kad merah.

MIKEL Arteta menilai kad merah diterima David Luiz menjadi titik kekalahan Arsenal ke atas Wolverhampton Wanderers.

Segalanya seakan tampak sukar bagi The Gunners setelah itu dan kesudahannya Arsenal tumbang 1-2 di kubu Wolverhampton , pagi tadi.

The Gunners sebenarnya memulakan perlawanan dengan sangat baik.

Arsenal membuka tirai jaringanmelalui Nicolas Pepe di minit ke-32. Namun, malapetaka kemudian hadir untuk The Gunners apabila David Luiz didakwa mengasari Willian Jose dalam kotak penalti.

Pengadil, Craig Pawson terus melayangkan kad merah kepada Luiz selain hadiah penalti yang disempurnakan Ruben Neves.

“Saya rasa dengan cara kami bermain di babak pertama, kami seharusnya boleh sumbat tiga atau empat gol. Kami benar-benar mendominasi permainan dan menciptakan beberapa peluang keemasan,” ujar Arteta dipetik laman rasmi Arsenal.

Bagaimanapun, Arteta tidak menyalahkan Luiz di sebalik kekalahan pasukannya itu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: