Antarabangsa Bola Sepak

Gara-gara kritik pengarah kelab, Marseille pecat Villas-Boas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ANDRE VILLAS-BOAS 

KELAB Perancis, Marseille memecat Andre Villas-Boas sebagai jurulatih.

Pengurus asal Portugal itu sempat menghantar surat mengundur diri sebelum ini.

Kesahihan perkembangan ini dikeluarkan oleh pihak Marseille menerusi laman rasmi kelab semalam.

“Marseille mengumumkan pemecatan Andre Villas-Boas sebagai tindakan pencegahan.

“Keputusan ini tidak dapat dielakkan mengingatkan tingkah lakunya baru-baru ini yang sangat merugikan Marseille dan seluruh elemennya yang berjuang setiap hari,” kata kenyataan rasmi kelab.

Terdahulu, Villas-Boas menyatakan untuk berundur dari Marseille setelah kecewa dengan keputusan pihak kelab yang mendatangkan pemain tengah asal Perancis, Olivier Ntcham, dari Celtic pada penghujung tarikh akhir jendela perpindahan.

Villas-Boas dipecat beberapa jam setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menyerang pengarah sukan Marseille, Pablo Longoria.

Kebetulan, keputusan sensasi Villas-Boas ini tiba pada minggu yang penuh gelora bagi Marseille.

Dimitri Payet menelan empat kekalahan berturut-turut sepanjang pertandingan.

Akhir minggu lalu, sejumlah penyokong yang tidak berpuas hati ditangkap kerana menyerang petugas dan melemparkan bom asap ke kubu latihan kelab.

Akibat insiden tersebut, aksi Marseille menentang Rennes terpaksa ditunda.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: