Bola Sepak

Ada sinar buat penggiat sukan


Reezal Merican memaklumkan SOP yang bersesuaian sedang dibincang untuk disesuaikan dalam suasana PKP ini.

“ADA sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa terdekat,” itulah luahan keyakinan disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari.

Perkhabaran gembira ini disuarakannya selepas membawa isu sektor berkenaan ke mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

“Sukan sebagai industri membawa pelaburan komersil yang bernilai tinggi termasuklah penajaan korporat, penyiaran dan kandungan siaran dengan “eye ball” yang cukup tinggi serta penjualan “merchandise” yang melibatkan kejohanan-kejohanan utama seperti Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) dan sebagainya.
“Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang cukup memahami akan perkara ini dan insya Allah, SOP yang bersesuaian sedang dibincang untuk disesuaikan dalam suasana PKP ini. Saya letakkan keyakinan juga bahawa penggiat dan pemain sektor sukan ini sebenarnya cukup teliti dan patuh kepada peraturan atau SOP.
“Insya Allah, saya menjangkakan ada sinar buat kita semua dalam masa terdekat. Jaga diri dan jaga keselamatan kita. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19,” ujarnya menerusi catatan terbaru pada akaun Facebook rasminya.
Menurut Reezal Merican, sektor sukan dan rekreasi telah dibangkitkan di dalam mesyuarat ini, berpandukan saranan serta cadangan daripada para penggiat serta pemain industri di luar sana termasuklah sesi libat urus saya bersama komuniti industri sukan pada minggu lalu.
“Saya bawa tiga perspektif dalam membahaskan sektor sukan dan rekreasi ini iaitu soal kepatuhan para penggiat dan pemain sektor sukan dan rekreasi terhadap SOP sehingga kes melibatkan sektor sukan hampir tiada.
“Soal kebergantungan pendapatan sebahagian rakyat yang melibatkan aktiviti sukan seperti pengusaha fasiliti sukan komersil dan ketiga soal sukan perlu dilihat sebagai ekosistem ekonomi yang cukup besar dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti sukan semata-mata,” jelasnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading