
JOHOR Darul Ta’zim menyasarkan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.
Dalam satu sesi soal jawab bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram Story, bos JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkongsi sasaran beliau dalam saingan ACL musim ini.
“Melepasi peringkat kumpulan dan harapnya layak ke peringkat suku akhir. Ianya satu sasaran yang realistik.
“Sukar untuk dilakukan tetapi tiada apa yang mustahil,” kata TMJ.
Saingan 2021 merupakan kali ketiga JDT beraksi di kancah ACL dan pemenang Liga Super itu dilihat mahu memperbaiki pencapaian edisi tahun lalu.
Dalam undian baru-baru ini, skuad Harimau Selatan berada dalam Kumpulan G bersama juara Liga Super China (CSL), Jiangsu Suning dan kelab gergasi Jepun, Nagoya serta pasukan dari pusingan play-off.





Add Comment