Antarabangsa Badminton

Tiada wakil Malaysia di pentas Final Jelajah Dunia BWF 2020


Mei Kuan dan Meng Yean gagal meneruskan saingan dipentas akhir apabila tewas kepada lawan dari Korea Selatan.

 

IMPIAN menyaksikan wakil negara beraksi pada pentas Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2020 tidak kesampaian selepas dua beregu negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewas di dalam perlawanan separuh akhir di Bangkok, Thailand.

Selepas melakukan kejutaan menumbangkan gandingan nombor lapan dunia,  Greysia Polli- Apriyani Rahayu dari Indonesia dalam aksi final Kumpulan A, Mei Kuan-Meng Yean kecundang kepada beregu nombor empat dunia Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan dalam tempoh 49 minit dengan keputusan  14-21 and 15-21.

Menerusi laman sesawang BWF, www.bwfbadminton.com Mei Kuan berkata, mereka gagal mempamerkan aksi terbaik dan sering memberikan mata mudah buat lawan hasil kesilapan.

“Kami tidak bermain dengan bagus, kami melakukan terlalu banyak kesilapan.  Mereka lebih hebat dan sentiasa memberikan tekanan kepada kami.  Kami tidak bertahan dengan baik,

“Apabila kami menyerang, mereka menyerang balas dengan pantas, jadi amat sukar untuk terus memberikan tekanan kepada mereka,” tegasnya.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon tersingkir daripada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 juta (RM6.062 juta) selepas kalah kepada pasangan Korea Selatan,  Seo Seung Jae-Chae Yujung, 19-21 dan 8-21.

 


Add Comment

Click here to post a comment