
BEKAS rakan sepasukan Frank Lampard semasa beraksi dalam pasukan kebangsaan England, Gary Neville bersimpati atas pemecatannya semalam
Neville yakin lelaki berusia 42 tahun itu akan bangkit dan membangun kembali kariernya.
“Namanya pun Chelsea… Frank sudah tahu bahawa Chelsea gemar memecat pengurus setiap 12 hingga 18 bulan sekali jika segala sesuatunya tak berjalan lancar.
“Tapi saya tak bimbang dengan karier Frank pada masa depan,” kata Neville kepada Sky Sports.
Musim panas lalu Lampard sudah menghabiskan lebih dari 200 juta Poundsterling untuk berbelanja pemain membeli Kai Havertz, Timo Werner, Edouard Mendy, Ben Chilwell, hingga Hakim Ziyech namun prestasi Chelsea tetap goyah.
Bekas bos Mainz dan Borussia Dortmund, Thomas Tuchel akan menjadi individu yang akan datang ke Stamford Bridge, setelah dipecat oleh juara Ligue 1, PSG sebelum Krismas tahun lepas.





Add Comment