Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Kejohanan B19 dan B16 dibatalkan


 

KEJOHANAN Bawah-19 Tahun(B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Uzbekistan yang dijadualkan diadakan Mac tahun ini dibatalkan atas faktor keselamatan.

Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat exco badan induk bolasepak asia itu sebulat suara dengan keputusan berkenaan.

“Keputusan diambil selepas semua ahli exco melakukan mesyuarat sebentar tadi dengan mengambil kira pelbagai faktor terutama membabitkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Selepas perbincangan kami akhirnya bersetuju menerima saranan atau cadangan daripada jawatankuasa pertandingan untuk membatalkan kedua-dua kejohanan itu pada musim ini.

“Kejohanan pada edisi akan datang akan diteruskan dengan Uzbekistan tetap menjadi tuan rumah untuk B-19 manakala Bahrain pula membabitkan B-16 dan pasukan bertanding masih kekal.

“Setakat ini, tiada sebarang perubahan kepada keputusan berkenaan kerana ia sebenarnya demi memastikan keselamatan semua pihak lebih terjamin memandangkan pandemik Covid-19 semakin membimbangkan,” katanya menerusi  kenyataan rasmi yang dikeluarkan AFC, sebentar tadi.

Windsor berkata, turut menerima tempias adalah kejohanan membabitkan Bawah 16 tahun (B-16) yang sepatutnya berlangsung di Bahrain turut dibatalkan penganjurannya pada tahun ini.

“Kedua-dua kejohanan berkenaan akan diteruskan pada 2022 dengan Uzbekistan dan Bahrain kekal menjadi tuan rumah,” tegasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment