Komuniti Lain-Lain

CakapSukan bakal salurkan sumbangan 100 tablet jayakan usaha Ebit Lew


TERPANGGIL dengan usaha digerakkan Ustaz Ebit Lew yang menyumbangkan tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi tujuan pembelajaran, CakapSukan turut bersama menjayakan program berkenaan dengan menyalurkan 100 tablet kepada pendakwah bebas berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cakap Sukan, Izahar Atan berkata, sumbangan ini merupakan salah satu Program Khidmat Masyarakat (CSR) khususnya membantu golongan yang memerlukan.

“Sebanyak 100 tablet akan diserahkan selewat-lewatnya awal Februari kepada Ebit Lew dan kami mengharapkan usaha kecil ini dapat mengukir senyuman kepada penerima,” ujarnya.

Izahar berkata, sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Shekhinah PR, Christopher Raj untuk dipanjangkan kepada Ebit Lew.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew tersentuh hati dan sedih apabila mendapat permintaan dari mereka yang memerlukan kira-kira 43 ribu  tablet bagi memudahkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sebelum ini CakapSukan juga turut menjayakan CSR kepada petugas barisan hadapan (frontliners) dengan sumbangan berupa 150 pax makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan (frontliners) Polis Diraja Malaysia (PDRM),Balai Polis Sungai Buloh, Selangor


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading