Badminton Terkini

Aaron Chia- Wooi Yik gagal raih kejuaraan Terbuka Thailand

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

HASRAT beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul kejuaraan di kejohanan badminton Terbuka Thailand Toyota di Arena Impact, Bangkok tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan  Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan.

Tewas mudah pada set pertama dengan  13-21, pasangan negara yang kini menduduki ranking ke sembilan dunia dan kelapan kejohanan cuma bangkit memberikan tentangan pada set kedua namun lawan yang merupakan pilihan keenam Lee Yang-Wang Chi-Lin tidak memberi peluang buat pasangan negara mendahului sejak set kedua bermula.

Lee Yan – Chi Lin yang sebelum ini mengalahkan beregu nombor dua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 14-21, 22-20, 21-12 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 50 minit semalam, menoktahkan kejuaraan dengan kemenangan 21-18 ke atas pasangan negara dalam tempoh 22 minit.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: