Badminton

Sepakan percuma Fernandes hukum Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fernandes tambah duka Liverpool menerusi gol sepakan percuma minit ke-78.

BRUNO Fernandes menjadi wira kemenangan Manchester United ke atas Liverpool pada saingan Piala FA di Old Trafford, awal lagi tadi.

Pemain Portugal itu meledak gol menerusi sepakan percuma yang terus menerjah ke jaring lawan.

Liverpool membuka gol terlebih dulu melalui Mohamed Salah di minit ke-14. Mason Greenwood membalas pada minit ke-26, dan kedudukan terikat 1-1 pada babak pertama.

Manchester United kembali di depan pada minit ke-48 hasil gol Marcus Rashford. Liverpool menyamakan kedudukan 10 minit berselang melalui gol kedua Salah.

The Red Devils akhirnya memastikan kemenangan 3-2 ke atas Liverpool di minit ke-78 hasil gol Bruno Fernandes.

Bekas kapten Sporting CP itu mengakui kerap berlatih mengambil sepakan bebas dan mendapat saranan daripada Edinson Cavani sebelum menyepak bola.

“Saya gembira kerana kami menang. Perkara utama adalah layak ke babak berikutnya dan saya fikir (tiada masalah) siapa yang mencetak gol, dah tentu saya yang melakukannya, saya sudah pasti seronok,” kata Fernandes, dipetik dari The Sun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: