Semasa Terkini

MOM yakin Olimpik Tokyo diteruskan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MOHAMAD NORZA ZAKARIA

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yakin Sukan Olimpik Tokyo akan diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Nada keyakinan itu terbit selepas satu sidang panggilan telefon dengan Presiden IOC, Thomas Bach, dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Jepun, Yamashita Yasuhiro, semalam.

“Kesediaan dan persiapan yang teliti dilakukan oleh pemerintah Jepun telah disampaikan kepada kami. Bersama dengan rakan penyampai yang lain, mereka akan memastikan sukan yang selamat dan terjamin, bukan sahaja untuk atlet dan pegawai, tetapi juga masyarakat setempat.

“Kami bersolidariti bersama IOC dan rakan di Jepun serta berharap dapat menyertai sukan ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini

Sebagai tambahan kepada tindakan balas komprehensif yang akan dilaksanakan untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, MOM juga sedang berbincang dengan IOC mengenai vaksin kontinjen negara ke temasya berkenaan.

“Bagi peringkat tempatan, kami akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara untuk memastikan atlet dan pegawai akan dapat memberi tumpuan kepada latihan dan persiapan mereka dalam persekitaran yang paling selamat,” katanya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: