Bola Sepak

Yakult Malaysia, TFC jalin kerjasama


Hamada (dua kiri) dan Rashid (dua kanan) pada majlis menandatangani dokumen kerjasama.

SELEPAS menjalinkan kerjasama strategik bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United pada Disember lalu, pengeluar minimum probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd, sekali lagi membuktikan mereka serius dalam membangunkan dan menyumbang dalam industri bola sepak Malaysia dengan menjalinkan kerjasama bersama pasukan Liga Super Malaysia, Terengganu FC.

Persetujuan kerjasama ini dicapai hasil daripada perbincangan pihak Yakult Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada bersama Pengurusan Terengganu FC yang menyaksikan nilai tajaan sebanyak tiga ratus lapan puluh ribu (RM 380,000.00) dan beberapa perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Terengganu FC.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroshi Hamada berkata,  selaras dengan falsafah korporat Yakult sememangnya amat menyokong kepada segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan yang baik selain daripada mewujudkan persekitaran yang baik.’, ujar Hamada.

“Terengganu FC telah mempamerkan prestasi yang baik dan membanggakan pada tahun sebelumnya hingga menyaksikan mereka layak untuk beraksi pada Kejohanan Piala Asia 2021. Ini membuktikan pasukan ini berkualiti dan mempunyai misi besar pada musim ini dan Yakult mahu menjadi sebahagian kecil yang menyumbang kepada kejayaan pasukan ini pada masa akan datang.

“Mereka juga mempunyai sistem pembangunan bola sepak akar umbi yang baik. Bermula dari peringkat umur 7 tahun hingga peringkat umur 21 tahun, Terengganu FC sememangnya telah membuktikan pembangunan bola sepak di negeri Terengganu berjaya menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti. Buktinya, beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan bawah 19 tahun dan 21 tahun mereka sering berada dalam kedudukan tiga teratas bagi kedua- dua kejohanan peringkat umur tersebut,” ujarnya pada majlis perjanjian kerjasama dimeterai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club Sdn Bhd, Rashid Jusoh menyifatkan kerjasama dengan Yakult adalah satu permulaan yang baik untuk musim ini. Ianya juga satu petanda baik untuk kerjasama jangka masa panjang dalam pembangunan akar umbi bola sepak di Negeri Terengganu.

“Kerjasama dengan pihak Yakult Malaysia hari ini adalah satu permulaan yang baik bagi TFC bagi menghadapi saingan liga musim ini.

“Selain dari itu, ianya akan dapat membawa faedah yang besar kepada pembangunan bola sepak akar umbi di Terengganu ini melalui program-program yang akan dilaksanakan bersama nanti. Pihak TFC sangat menghargai usaha ini dan berterima kasih kepada pihak Yakult atas sokongan ini,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading