Bola Sepak Semasa Terkini

Sean tekad curi perhatian Hodak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PEMAIN tengah Kuala Lumpur United FC (KLUFC) Sean Gan Giannelli berharap mampu menyakinkan Bojan Hodak untuk merebut tempat dalam pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Terpaksa melupakan hasrat beraksi pada musim lalu ekoran kecederaan dialami pada saingan pra musim, Sean mengharapkan 2021 tuah baginya sebagai pemain memandangkan hanya beraksi satu perlawanan pada musim lalu.

“Saya tak sabar untuk musim bermula, KL ada pasukan yang baik tahun ini dan ramai pemain yang pernah bermain di Liga Super dulu. Selain dari objektif kami untuk kekal dalam Liga Super, saya rasa kami boleh buat kejutan musim ini.”

“Saya perlu elakkan kecederaan sewaktu pra-musim, musim lalu saya cedera pada buku lali semasa pra-musim dan ia menjejaskan persiapan serta berharap kali ini benda itu tidak berulang. Kalau boleh saya nak bermain setiap perlawanan walaupun hanya 15 minit terakhir”, jelas Sean, yang berasal dari Kuala Lumpur dan pernah berkelana ke Itali.

Mengenai masa depannya, Sean berkata, apa-apa sahaja boleh terjadi tapi saya rasa masa depan KL cerah dengan projek yang sedang dilaksanakan. Bagi saya secara peribadi saya mahu masa depan saya bersama KL.

“KL bergerak dalam arah yang betul dan membuat keputusan yang betul. Kami ada ramai pemain muda dan yang berasal dari KL. Jadi saya rasa musim ini akan menjadi musim yang baik untuk KL,” ujarnya dipetik pada laman rasmi pasukan Kualalumpurfa.com.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: