
SEPERTI dijangka, Juventus tiada masalah untuk memenangi Piala Super Itali selepas mengalahkan Napoli 2-0 di Reggio Emilia, awal pagi tadi.
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-64 aksi dan gol Alvaro Morata dalam masa kecederaan memastikan kemenangan pasukan.
Perlawanan itu juga menyaksikan Andrea Pirlo mendapat trofi pertamanya sebagai pengendali musim ini hanya lima bulan selepas dilantik menjadi pengurus.





Add Comment