Bola Sepak Semasa Terkini

Dominique Da Sylva rekrut terbaharu The Hawks

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Da Silva menjadi taruhan dibahagian hadapan buat KLUFC dalam saingan musim ini.
PELEDAK berbisa Terengganu FC musim lalu, Dominique Da Sylva sah memperkuatkan jentera serangan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.
Menjaringkan sembilan gol hasil dari 10 penampilan ketika bersama Terengganu FC  musim lalu, penyerang kelahiran Mauritania berusia 31 tahun ini masih belum puas membuktikan kemampuannya dan kini The City Boys tempatnya kembali mempamerkan bisa.
Pemain yang turut memiliki kewarganegaan Senegal itu mengakui Liga M musim lalu yang hanya berlangsung separuh menyukarnya dirinya untuk memberikan impak semaksimum buat pasukan.
“Kami hanya bermain separuh musim tahun lalu, jadi saya harap tahun ini adalah musim yang penuh. Ini adalah masa yang sukar bagi semua orang tetapi saya harap ia akan menjadi musim yang baik untuk semua bola sepak.
” Minat yang ditunjukkan oleh kelab dan keghairahan Ketua Pegawai Eksekutif , KLUFC Stanley Bernard mendapatkan saya membuatkan diri ini begitu penting dan ini faktor utama saya memilih KLUFC”, jelasnya dipetik melalui laman rasmi Kualalumpurfa.com.
Penyertaan Da Silva bersama skuad bimbingan Bojan Hodak ini akan meletakkan pemain yang memiliki ketinggian dan kebolehan melakukan rembatan dari luar kotak penalti bergandingan dengan pemain pertahanan Kamal Azizi Zabri dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris sejak mereka bersama di Terengganu yang kini turut menyertai The Hawks.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: