
LIVERPOOL dijangka menurunkan Joel Matip menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley, awal pagi esok.
Pemain berusia 29 tahun itu dalam proses mencapai tahap kecergasan terbaik selepas pulih daripada kecederaan otot untuk menentang The Clarets di Anfield.
Bagaimanapun, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akui pemain itu tidak pasti sama ada boleh diturunkan atau tidak.
“Dia memang ada dalam senarai tetapi saya tidak tahu. Dia sudah mula berlatih hari ini, mungkin bermakna dia bermula esok dia akan bersama kami,” kata Klopp dipetik Agensi.
Liverpool kini berada di tangga keempat, ketinggalan empat mata di belakang Leicester, tetapi bermain kurang satu perlawanan.





Add Comment