Antarabangsa Lain-Lain Semasa Terkini

Temasya AUG 2021 dibatalkan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

TEMASYA Sukan Universiti Asean (AUG) yang dijadualkan pada 18 – 27 Jun 2021 di Ubon Ratchatani, Thailand terpaksa dibatalkan oleh Majlis Sukan Universiti Asean (AUSC) hasil keputusan Mesyuarat bersama Ketua-ketua Delegasi Negara-negara anggota petang, kelmarin.

Pembatalan ini selepas penangguhan pertama temasya AUG edisi ke-20 itu yang sepatutnya dilaksanakan pada Disember 2020 akibat penularan wabak Covid 19 di seluruh dunia.

Walau bagaimana pun negara anggota AUSC bersetuju  memberikan hak kepada Thailand untuk menganjurkan temasya 2022 bermula pada 22 hingga 30 Jun yang sepatutnya menjadi giliran Indonesia.

Manakala Indonesia pula dikatakan ingin menganjurkan AUG edisi ke 21 pada 2023 walaupun sepatutnya edisi seterusnya adalah 2024 yang mana sepatutnya giliran Malaysia bakal menjadi tuan rumah.

Ketua Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr Pekan Ramli berkata, ada hikmah disebalik penangguhan AUG ini dari Disember 2020 kepada Jun 2021 dan batal lagi ke Jun 2022.

”Sejujurnya inilah keputusan yang tepat dalam pandemik Covid 19 ini masih pada tahap yang sangat membimbangkan.

“Saya juga berharap atlet IPT negara tidak ‘burnout’ dan tetap bersemangat untuk meneruskan latihan dan bersiap sedia bagi menghadapi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang akan berlangsung pada 18 hingga 29 Ogos ini di Chengdu, China,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: