Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Hadi Fayyadh diperkenalkan sebagai pemain kelab Azul Claro Numazu


Hadi Fayyadh (kanan,belakang) diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab.

 

PENYERANG  bola sepak kebangsaan Bawah 23 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak diumumkan secara rasmi sebagai salah seorang dari 10 pemain baharu kelab J3 League, Azul Claro Numazu untuk aksi musim 2021 dalam satu majlis yang di adakan di Pusat Latihan Azul Clara Nazumu di Wilayah Shizuoka, Jepun.

Pada majlis pengenalan pemain baru itu, Hadi Fayadh akan menggunakan jersi bernombor 27 untuk pasukan barunya itu.

Jelas Hadi, pemilihan nombor itu kerana ianya sebagai simbolik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik selangkah ke hadapan berbanding sebelum ini menggunakan nombor 28 pada jersinya bersama pasukan Fagiano Okayama.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini bagi menghargai peluang yang telah di berikan bersama pasukan ini. Saya tidak sabar bagi memulakan aksi bersama pasukan Numazu dan mengharapkan segala yang terbaik bagi musim 2021 ini.

“Saya memilih jersi bernombor 27 seleps mendapat nasihat daripada encik Hamada yang mencadangkan kepada saya untuk memilih nombor ini sebagai simbolik yang saya telah jadi lebih baik dari sebelum ini. Saya mengharapkan akan dapat beraksi bersama pasukan ini dan mengumpul minit bermain dengan lebih banyak” katanya.

Sebagai rekod, keputusan untuk meminjamkan Hadi Fayyadh bersama kelab tersebut selepas pihak Fagiano Okayama melakukan perbincangan bersama Hadi Fayyadh, serta pihak Yakult Malaysia bagi mendapatkan minit perlawanan dan peluang beraksi yang lebih dalam saingan liga. Ianya juga akan memberikan pengalaman yang berharga kepada Hadi bagi saingan musim 2021.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading