Antarabangsa Bola Sepak

Man City lonjak tangga ketiga liga

Foden raikan gol ke gawang Brighton.

MANCHESTER City melonjak pada tangga ketiga Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan 1-0 ke atas Brighton, pagi tadi.

Jaringan tunggal Phil Foden cukup membantu City di landasan mencabar gelaran liga musim ini.

Pengurusnya, Pep Guardiola akui berdepan cabaran sepanjang perlawanan bertemu Brighton.

“Kami perlu menang perlawanan seperti ini. Ia pengajaran berguna buat kami. Setiap perlawanan akan menjadi seperti ini,” katanya dipetik AFP.

The Citizens bermula agak goyah pada permulaan musim tetapi kini hanya satu mata di belakang pasukan juara bertahan, Liverpool.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: