Bola Sepak Semasa Terkini

Luqman bakal perkuat skuad Sukan Sea 2021

Kim Swee memaklumkan jurulatih mempunyai kuasa penuh untuk memanggil mana-mana pemain beraksi bersama pasukan.

 

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai kuasa penuh memanggil mana-mana pemain termasuk penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk beraksi bersama skuad Sukan SEA negara pada kejohanan tersebut di Vietnam tahun ini.

Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata jurulatih mempunyai kuasa penuh untuk memanggil mana-mana pemain.

“Kita tahu Luqman sedang beraksi dengan skuad liga utama di Belgium, dan ini terpulang kepada perbincangan kita dengan Luqman.

“Kita tahu prestasi Luqman, yang penting kita harus memberi pendedahan kepada semua pemain sedia ada dalam skuad B-19 termasuk pasukan Projek FAM-MSN,” katanya.

Selasa lalu FAM telah memutuskan skuad B-19 akan memikul tugas di Sukan SEA Vietnam hujung tahun ini dan kini timbul persoalan sama ada Brad Maloney atau Yusri Che Lah yang akan mengendalikan skuad Sukan SEA negara.

Jika dilihat kepada perkembangan semasa, tumpuan lebih terarah kepada Maloney selaku pengendali skuad B-19 negara, manakala Yusri pula membimbing skuad projek FAM-Majlis Sukan Negara (MSN) yang turut merangkumi peringkat umur pemain sama.

Bagi Kim Swee, dia memaklumkan status ketua jurulatih skuad Sukan SEA yang akan membawa misi memburu ‘ibu segala pingat’ di temasya terbesar Asia Tenggara itu masih belum diputuskan.

“Buat masa ini pihak pengurusan belum menentukan siapa jurulatih yang akan mengendalikan skuad Sukan SEA, sama ada bagi tahun 2021 atau peringkat seterusnya.

“Hanya perbincangan atau cadangan untuk memberi peluang kepada skuad B-19 dan kita percaya kelompok pemain sedia ada ini mampu untuk menggalas tugas terutama bagi jangka masa panjang.

“Tujuan kita adalah untuk memberi pendedahan bagi bersiap sedia pada tahun 2024 untuk kelayakan Olimpik Paris,” katanya.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: