Bola Sepak

Putra Darwish teruja sertai Akademi JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Terpilih ke Akademi JDT satu pengalaman mengujakan buat Putra Darwish.

KALAU dah namanya rezeki tak ke mana kan.

Walaupun pernah  gagal cubaan kali pertama tetapi kali ini niat membara Putra Darwish Fikri Zabudin,13 menuaikan hasil apabila terpilih menyertai Akademi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Syukur alhamdulillah saya berjaya menempatkan diri di Akademi JDT. Ini peluang terbaik saya untuk mengembangkan bakat dalam sukan bola sepak, saya cukup gembira apabila mendapat tawaran ini,” kata
anak kelahiran Kulim, Kedah itu.

Jelas Putra Darwish, dirinya bertekad cemerlang menimba ilmu sebanyak mungkin di Akademi Bola Sepak JDT dengan barisan kejurulatihan terbaik.

“Satu sahaja impian besar saya iaitu menyarung jersi skuad kebangsaan suatu hari nanti,” katanya yang berazam tekun belajar dan bermain bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita yang diidamkan.

Sebelum ini, Putra Darwish pernah mengikuti latihan di Kedah Kenari Kid dan Akademi Tunas Seberang Perai Utara.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: