Bola Sepak

Raja Isa idam pimpin Mukhtijodda SKC ke Piala AFC

Raja Isa ketika diwawancara media Bangladesh.

BEKAS jurulatih UiTM FC, Raja Isa menyasarkan kelab barunya, Mukhtijodda SKC untuk tampil kompetitif di Liga 1 Bangladesh musim ini.

Bukan itu sahaja, Raja Isa mahu para pemainnya dapat mewakili skuad utama kebangsaan Bangladesh.

Pernah membimbing Persipura Jayapura dan PSM Makassar, Raja Isa dikontrak selama semusim dengan opsyen dilanjutkan kontrak selama dua musim jika berjaya mencapai sasaran ditetapkan pihak pengurusan.

Menurut Raja Isa, dia menjadi satu-satunya pengendali berasal Asia Tenggara yang berkelana di Liga 1 Bangladesh 2021.

Jelasnya lagi, dia melahirkan rasa syukur selepas diberi kepercayaan oleh Menteri Bangladesh, AMK Muzamil Haque untuk membimbing Mukhtijodda SKC.

“Beliau meminta saya mengutamakan pemain muda pada pertandingan yang akan bermula pada 13 Januari nanti.

“Saya lihat pasukan ini berpotensi besar untuk maju ditambah semangat pemain muda yang membara,” katanya kepada Cakap Sukan sebentar tadi.

Ketika ini, skuad Mukhtijodda SKC dibarisi 70 peratus pemain muda dalam lingkungan usia 19 hingga 23 tahun.

Secara peribadi, Raja Isa mengakui ingin mengikuti jejak jurulatih senior Malaysia, Datuk M Karathu yang berjaya di Sri Lanka.

Karathu dua kali memimpin Sri Lanka menembusi final Piala Asia Selatan.

“Secara peribadi, saya mahu membawa Mukhtijodda SKC meraih tiket ke Piala AFC,” ujarnya lagi.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: