Bola Sepak Semasa Terkini

Hamidin sedia pertahan jawatan

 

MENGAMBIL pandangan keluarga dan rakan dalam arena bola sepak serta ingin menyelesaikan beberapa misi untuk bola sepak negara, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia mempertahakan jawatan tersebut seandainya dicalonkan pada Kongres Ke-57 FAM, 13 Mac depan.

Jelasnya, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Exco FAM.

“Saya ingin memaklumkan, saya bersedia untuk dicalonkan sebagai calon presiden bagi tempoh (penggal) 2021-2025.

“Pencalonan akan bermula esok, saya sedia dicalonkan. Menang belum tahu, bersedia kalau ada yang nak calonkan saya.

“Saya ingat ada beberapa elemen, saya pun tak tahu orang suka atau tidak. Antaranya (sebab nak bertanding) masih banyak lagi misi saya yang belum selesai,” Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) kali ke-12 bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, hari ini.

Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM bagi penggal 2018-2021 pada Kongres FAM Ke-54 yang berlangsung pada 14 Julai 2018.

Pada masa sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi turut menawarkan diri untuk dicalonkan bagi jawatan sama pada pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu yang akan datang.

“Memang Exco sebulat suara menyokong Hamidin dicalonkan untuk penggal lagi satu,” kata Yusoff.

“Jadi, saya pun menawarkan diri sekali lagi kalau ada sokongan daripada ahli gabungan untuk saya bertanding jawatan Timbalan Presiden satu penggal lagi.” tegasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: