Bola Sepak Semasa Terkini

FAM patuh arahan pelaksanaan PKP

HARI ini telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke -12 bagi seisi 2017-2021 bertempat di Wisma FAM, Petaling Jaya.

Sudah pastinya tumpuan mengenai perjalanan Liga Malaysia 2021 menjadi tumpuan ekoran pengumuman kerajaan semalam yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hinggalah 26 Januari 2021.

Berikut antara intipati yang diutarakan pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan:-

  • 20 agenda membabitkan perjalanan , perkembangan Liga Malaysia dibincangkan
  • FAM akan mematuhi segala arahan terbaharu kerajaan mengenai PKP yang diumumkan semalam.
  • Senarai nama pemain Harimau Malaya yang sepatutnya menjalani kem latihan pusat 16- 25 januari ini dibatalkan susulan arahan terbaharu kerajaan mengenai PKP dan FAM akan memaklumkan senarai berkenaan selepas arahan berkenaan tamat.
  • Kejohanan- kejohanan dibawah kendalian FAM antaranya Piala Presiden, Belia, Futsal, Bola sepak Wanita mengikut format baharu telah dipersetujui semua Exco.
  • Skuad Bawah 19 Tahun negara akan menyertau kejohanan Sukan Sea 2021 di Vietnam dan bakal menjadi skuad projek.
  • Mesyuarat bersetuju penetapan tarikh Kongres FAM ke 57 adalah pada 13 Mac yang akan diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya. Pada kongres ini juga akan ada pemilihan baharu bagi penggal 2021-2025.
  • Penyertaan skuad Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala  Dunia 2022/Piala Asia 2023 akan terbatal sekiranya tidak menyertai perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), 25 Mac nanti. Namun Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan beraksi pada perlawanan tersebut.
  • Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia dicalonkan sebagai Presiden bagi penggal 2021-2025 berlandaskan beberapa visi serta misi yang masih belum berjaya sepenuhnya.
  • Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusof Mahadi turut bersedia dicalonkan sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2021-2025.

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: