Antarabangsa Badminton

BWF gantung tiga pemain badminton Indonesia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BWF gantung tiga pemain badminton Indonesia.

TIGA pemain badminton Indonesia dan seorang warganegara Malaysia dari sebuah syarikat peralatan sukan dilarang beraksi seumur hidup setelah didapati bersalah atas kesalahan yang berkaitan dengan atur perlawanan, manipulasi perlawanan dan pertaruhan, kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Jumaat.

Mereka didapati bersalah melanggar peraturan integriti badan pemerintah dan digantung hukuman antara enam hingga 12 tahun.

Mereka masing-masing didenda antara US$ 3,000 dan US$ 12,000.

“Tiga dari mereka didapati berkoordinasi mengatur perlawanan dan terlibat dalam tingkah laku dan telah digantung dari semua aktiviti yang berkaitan dengan badminton seumur hidup,” kata BWF dalam satu kenyataan.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: