Antarabangsa Bola Sepak

Sergio Ramos dalam radar Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ramos kini menjadi pilihan utama Liverpool.

SERGIO Ramos dijangka meninggalkan Real Madrid pada akhir musim nanti. Pemain pertahanan asal Sepanyol itu dikhabarkan sedang diintai Liverpool.

Kontrak Ramos akan tamat pada Jun 2021 dan kapten Los Blancos itu belum memperbaharui sebarang ikatan bersama Real.

Kem Madrid sendiri sudah berusaha keras menawarkan kontrak baru, namun, pemain berusia 34 tahun itu menolaknya.

Dilapor Guardian, menurut laporan program TV Spanyol El Chiringuito de Jugones, Ramos diintai Liverpool. Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu ingin membawanya ke Anfield.

Selain Ramos, Liverpool juga dikaitkan dengan David Alaba. Pemain Bayern Munich itu kemungkinan juga akan berpindah kerana kontraknya akan berakhir.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: