Antarabangsa Bola Sepak

Rekod tanpa kalah 27 perlawanan Milan lebur


AC Milan gagal mempertahankan rekod tanpa kalah untuk saingan Serie A kali ini.

Juventus merosakkan catatan itu dengan meraih kemenangan 3-1 di San Siro.

Pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan minit menerusi Federico Chiesa, sebelum dibalas oleh Davide Calabria.

Babak kedua, Juventus lebih agresif. Chiesa menjadikan kedudukan 2-1 sebelum Weston McKennie membunuh permainan untuk memberi kekalahan pertama Milan musim ini di Liga Itali.

Kali terakhir Milan kalah adalah pada 8 Mac 2020 kepada Genoa (1-2).

Bagaimanapun, kekalahan ini tetap mengekalkan kedudukan Milan di puncak liga dengan 37 mata dari 16 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading