Bola Sepak

Kurniawan kembali bimbing Sabah FC


Kurniawan kembali mewarnai saingan Liga Malaysia 2021 dengan membimbing Sabah FC.

 

BEKAS pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto kembali dilantik mengemudi Sabah FC bagi musim 2021.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah, Datuk Rahman Zakaria berkata, Sabah FC mendapatkan semula khidmat Kurniawan.

”Dia seorang jurulatih yang berkualiti dan memimpin pasukan dengan baik sekaligus memastikan mengekalkan pasukan dalam Liga Super,” katanya kepada AstroArena.

Sebelum ini, Sabah melantik Lucas Kalang Laeng sebagai ketua jurulatih untuk menghadapi saingan musim depan ketika Datuk Verdon Bahanda selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), namun telah meletak jawatan Disember lalu.

Kini, perubahan pengurusan dilakukan, ahli perniagaan, Khairul Firdaus selaku CEO Sabah FC dan kembali meneruskan perjalanan Kurniawaan bersama Sabah.

Kurniawan tiba di Kota Kinabalu dan akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat.

Sementara itu, status Jelius Ating sebagai pegurus pasukan dan penolong jurulatih juga menjadi tanda tanya selain akan memilih pemain tersendiri.

“Setakat ini, penolong jurulatih masih belum dilantik sementara pemain-pemain baru akan dibawa masuk ke dalam pasukan menjelang musim yang bakal bermula.”


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading