Bola Sepak Terkini

Piya ok


Keadaan Piya yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.

SUBKHI SUDARJI

PEMAIN berpengalaman yang kini bersama Kelab Bolasepak Kelantan United (KUFC) Mohd Badri Radzi kini berada dalam keadaan sihat selesai menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, semalam.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata, Badri Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Piva menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan selepas mengadu kurang sihat.

“Pihak pengurusan KUFC telah membawanya ke klinik panel sebelum dia dirujuk ke HPRZ II Kota Bharu, pagi tadi.

“Keadaannya ok dan dia kini sedang berehat sebelum menjalani latihan bersama pasukan Sabtu ini.” ujarnya ketika dihubungi CakapSukan. sebentar tadi.

Pada masa sama. Wan Mohd Zul Ikman turut berterima kasih kepada peminat bola sepak yang mendoakan kesihatan Piya segera menjalani latihan bersama pasukan.

“Insyallah Piya akan kembali bersama pasukan, terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.” tegasnya.

Terdahulu berita Piya mendapatkan rawatan kesihatan mula tersebar dimedia sosial, turut mendapat perhatian peminat bola sepak yang mendoakan kesihatan bekas pemain kebangsaan dan Ketua pasukan Kelantan itu.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading