
KEGAGALAN dalam tiga pertandingan separuh akhir musim lalu mematangkan pasukan Manchester United.
Kini, Ole Gunnar Solskjaer dan anak didiknya terus meningkat positif dan meraih keputusan yang memberangsangkan bagi musim 2020/2021
Pada musim 2019/2020, Manchester United gagal dalam saingan Piala Liga Inggeris, Piala FA, dan Liga Europa.
Manchester City mengalahkan mereka di Piala Liga Inggeris. Chelsea menumbangkan Marcus Rashford di Piala FA, dan Sevilla mengecewakan The Red Devils di Liga Europa.
Solskjaer menegaskan bahawa, United sudah berbeza berbanding musim lalu.
“Kami sudah meningkat pesat setelah separuh akhir terakhir Liga Europa pada bulan Ogos.
“Kami layak untuk terus bergerak ke hadapan dengan prestasi kami. Kami percaya diri sendiri, jadi tak ada alasan.
“Kami sudah bersiap dengan baik, skuad yang begitu fokus dan sedia untuk mencubanya,” kata Solskjaer di The Sun.
Awal pagi esok, United akan bertemu Manchester City d Old Trafford bagi perlawanan separuh akhir Piala Carabao.
Tak seperti musim lalu, format separuh akhir kali ini hanya diadakan perlawanan satu pusingan.





Add Comment