Antarabangsa Bola Sepak

Xuandong Ten didenda FA England


Ren akui menggunakan bahasa kasar kepada pegawai pertandingan.

KETUA Eksekutif Birmingham City, Xuandong Ren telah didenda £ 7,500 oleh Persatuan Bola Sepak England kerana menggunakan bahasa kasar terhadap pegawai perlawanan awal bulan ini.

Ia berlaku ketika Birmingham menelan kekalahan 3-2 di Cardiff City pada 16 Disember lepas.

Pada aksi itu, Birmingham bolos dua gol pada lewat permainan untuk kehilangan mata penting kepada kelab selatan Wales.

Ren mengakui tuduhan bahawa bahasa dan tingkah lakunya terhadap pegawai pertandingan itu kasar, menghina dan tidak wajar.


Add Comment

Click here to post a comment