Bola Sepak Semasa Terkini

Safawi capai sasaran

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

 KEJAYAAN meraih gelaran  Pemain Tengah Terbaik 2020 memastikan  Safawi Rasid meraih gelaran berkenaan  buat kali kedua berturut-turut.

“Terima kasih anugerah yang diberikan ini dan semestinya saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua keluarga dan pasukan terlibat.

“Tidak dilupa, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang selalu memberi sokongan kepada saya dan juga buat penyokong-penyokong bola sepak Malaysia, kita berjumpa lagi pada musim 2021”, ujar Safawi.

Safawi dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik buat kali kedua dan ini adalah kejayaan tahun ketiga untuknya menerusi kategori lain yang dimenangi sejak tahun 2018.

Kejayaan ini sememangnya menjadi sasaran pemain dari Terengganu itu untuk memenangi anugerah ini sekali lagi pada tahun ini sepertimana dia berjaya mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut tahun lalu.

Untuk rekod, Safawi berjaya meraih gelaran Pemain Muda Harapan 2018, Pemain Tengah Terbaik 2018, Penyerang Terbaik 2019 dan Pemain Paling Popular 2019.

Pemain berusia 23 tahun ini tercalon dalam kategori Pemain Tengah Terbaik 2020 berdasarkan pendaftaran pasukan yang dikemukakan pada awal musim ini di mana dia telah didaftarkan oleh JDT sebagai pemain tengah dan bukannya penyerang seperti musim lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: