Antarabangsa Bola Sepak

Raikan gol hampir tanggal seluar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bobadilla raikan gol hingga nyaris tanggalkan seluar.

PERKARA biasa apabila pemain meraikan gol dengan cara tersendiri. Tetapi, kejadian kali ini agak unik.

Pada perlawanan bola sepak Di Amerika Latin, seorang pemain bola sepak meraikan secara berlebih-lebihan dan nyaris menanggalkan seluar.

Dia kemudian menyesal dan takut dilihat isteri. Pemain berkenaan adalah Raul Bobadilla,33 yang bermain untuk kelab Guarani di negaranya.

Minggu lepas, Bobadilla memimpin pasukannya menang 3-1 ke atas Libertad.

“Saya menyesali meraikan secara berlebih-lebihan. Saya berharap isteri saya tidak melihatnya,” katanya seperti dilapor dari Daily Star.

Untuk rekod, Bobadilla pernah bermain di Eropah seperti kelab FC Basel di Switzerland, Aris Thessaloniki di Greece serta Borussia Monchengladbach dan Augsburg di Jerman.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: