Antarabangsa Bola Sepak

Sheffield Wednesday pecat Pulis


Pulis dipecat selepas hanya bimbing Sheffield 10 perlawanan.

TONY Pulis telah dipecat sebagai pengurus Sheffield Wednesday setelah hanya mengendalikan 10 perlawanan dalam kempen Liga Kejuaraan musim ini.

“Persembahan dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan sejak Tony Pulis dilantik.

“Ada juga masalah lain yang mempengaruhi keputusan ini,” kata pemilik kelab, Dejphon Chansiri dalam satu kenyataan di laman web kelab.

Sheffield Wednesday mendedahkan jurulatih pasukan pertama, Neil Thompson akan mengambil alih pasukan bermula dengan perlawanan menentang Middlesbrough, awal pagi esok.

Pulis, bekas pengurus Stoke, West Brom dan Middlesbrough telah dilantik pada 13 November lepas berikutan pemergian Garry Monk hanya menang satu perlawanan, kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas Coventry pada 19 Disember.

The Owls kini berada di tangga kedua tercorot dengan 13 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: