Bola Sepak Semasa Terkini

Aidil tidak letak harapan tinggi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aidil telah mengungguli kategori tersebut sebanyak empat kali iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2015.

 

PERTAHANAN Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak tidak meletakkan harapan yang tinggi bagi meraih gelaran kategori Pertahanan Terbaik ABK2020.

Baginya, rakan seperjuangan yang bersama Perak, Shahrul Saad merupakan calon paling layak untuk memenangi kategori Pertahanan Terbaik tahun ini.

Aidil yang tidak tercalon pada tahun lalu nyata melahirkan rasa gembira apabila kali ini dicalonkan, namun secara peribadi merasakan Shahrul selaku pemenang pada tahun lalu mampu mengekalkan status Pertahanan Terbaik kali ini berdasarkan pencapaiannya sebagai kapten pasukan Perak untuk menamatkan musim 2020 di tangga ke-4 Liga Super .

“Saya secara peribadi rasa Shahrul layak untuk menang lagi sekali pada tahun ini, tetapi macam-macam mana pun saya tetap berpuas hati dan bersyukur apabila tercalon kali ini.

“Saya tidaklah letak harapan yang tinggi sangat, dan saya sebelum ini pun pernah merasai kemenangan beberapa kali, jadi kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang betul-betul layak untuk menang.

“Yang penting, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang telah membuat undian sebelum ini dan kepada mereka yang mengundi saya, saya tidak akan lupa sampai bila-bila sokongan yang diberikan ini”, katanya.

Aidil merupakan pemenang paling banyak bagi kategori Pertahanan Terbaik apabila telah mengungguli kategori tersebut sebanyak empat kali iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2015.

Calon lain yang bakal merebut gelaran Pertahanan Terbaik pada tahun ini adalah Azmi Muslim (Pulau Pinang), Corbin Ong (JDT), Matthew Davies (JDT), Rafiuddin Roddin (Perak), Shahrul Nizam Ros Hasni (Kelantan), Shakir Hamzah (Kedah), Victor Nirennold (UiTM FC) dan Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (Melaka).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: