Bola Sepak

Penyokong Red Army Malaysia erat silaturahim

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Irmohizam (dua, kanan) bersama (dari kiri) Abdullah, Hasif dan Rosthman.

BUAT kali pertamanya, penyokong dapat berkumpul kembali menyaksikan perlawanan siaran langsung bola sepak bersama-sama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak Covid-19 dilaksanakan pada Mac lalu.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Rasmi Peminat Manchester United Malaysia iaitu Red Army Malaysia (RAM) bertempat di LaCrista Hotel Melaka dihadiri kira-kira 200 penyokong Manchester United.

Penasihat RAM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim teruja dengan sambutan penyokong yang hadir disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Hadir sama, Pengerusi LaCrista Hotel Melaka, Tan Sri Abdullah Taib; Presiden RAM, Datuk Rosthman Ibrahim dan Pengarah Eksekutif hotel itu, M Hasif Nahar.

Acara itu dijalankan mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama aspek penjarakan fizikal apabila hanya empat atau lima orang saja di satu meja, selain pemakaian pelitup muka serta penyediaan pensanitasi tangan.

Perlawanan membabitkan Manchester United dan Leicester City berkesudahan seri 2-2, kelmarin.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: