Antarabangsa Bola Sepak

Dua kelab Manchester berentap di separuh akhir


Pertemuan sesama dua kelab Manchester paling mencuri tumpuan.

EFL telah selesai melakukan proses undian untuk menentukan perlawanan separuh akhir Piala Carabao yang akan berlangsung pada bulan Januari nanti.

Undian itu mempertemukan dua kelab berjiran, Manchester United dan Manchester City.

Manchester United mencapai babak separuh akhir selepas menang 2-0 ke atas Everton awal pagi tadi.

Manchester City pula lebih awal layak dengan menumpaskan Arsenal, dengan jaringan 4-1.

Dua slot separuh akhir lain diisi oleh Tottenham dan Brentford. Tottenham baru saja mengalahkan Stoke City 3-1, sementara Brentford menang tipis 1-0 ke Atas Newcastle United.

Final dijadualkan diadakan pada 24 April 2021 di Wembley.

Sepatutnya berlangsung pada 28 Februari ini tetapi EFL memutuskan untuk melakukan perubahan.

Keputusan ini dilakukan dengan harapan penonton boleh hadir di Wembley pada aksi final memandang kini jumlah kehadiran masih dihadkan akibat penyebaran Covid-19.


Add Comment

Click here to post a comment