Badminton Terkini

Misbun Ramdan kembali !!!


Misbun Ramdan (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Purple League, Ho Khek Mong (tiga,kanan) pada majlis Pelancaran Top Glove Purple League Pro Am 2020, di Putrajaya.

SELEPAS terpaksa berehat hampir lima tahun tanpa sebarang pertandingan kompetitif akibat kecederaan ‘achilles tendon’ pada 2014, pemain profesional, Misbun Ramdan Misbun meletakkan pentas kejohanan Top Glove Purple League Pro-AM 2020 sebagai tempat untuknya kembali meraih kejayaan.

Merupakan aksi pertamanya selepas pulih dari kecederaan, pemain berusia 28 tahun ini mengakui bukan mudah buatnya untuk kembali pulih sepenuhnya selain masih trauma dengan kecederaan yang dialaminya.

“Ambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya, selain itu kekurangan pertandingan kompetitif juga sedikit memberi kesan kepada persembahan sebelum ini.

“Tetapi kini dengan adanya kejohanan seumpama ini, ia membantu saya mendapatkan kembali rentak permainan.

“Bagi saya semua peserta yang beraksi pada kejohanan ini memiliki kekuatan masing-masing. Jadi saya perlu buktikan kemampuan selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan,” katanya ditemui pada majlis Pelancaran Top Glove Purple League Pro Am 2020, di Putrajaya, sebentar tadi.

Untuk rekod, Misbun Ramdan pernah dinobat sebagai juara kebangsaan pada 2012 dan memenangi enam kejuaraan Eropah sepanjang tahun 2013 hingga 2014 sebelum dilanda kecederaan menyebabkannya sepi daripada dunia badminton.

Diminta mengulas mengenai perancangannya musim depan bersama Kelab Nusa Mahsuri, pemain berusia 28 tahun ini mengakui bakal berdepan cabaran dengan pemain junior yang semakin meningkat naik.

“Harapan tahun depan pastinya ingin menyertai kejohanan yang lebih besar dan memberikan saingan kepada pemain lain. Saya akui bakal menghadapi cabaran dari pemain junior yang memiliki potensi.

“Apa pun saya menyerahkan sepenuhnya perancangan musim depan kepada kelab,” jelasnya.

Kejohanan Top Glove Purple League Pro-AM 2020 yang julung kalinya ini terbahagi kepada tiga acara iaitu perseorangan lelaki,beregu lelaki dan beregu campuran menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000.

Seramai 32 pemain termasuklah Liew Darren, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnaian telah mengesahkan penyertaan kejohanan ini yang akan diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya bermula 29 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: