Bola Sepak Terkini

Azam tetap impikan gelaran


Azam melihat Safawi dan Afiq Fazail antara yang mungkin akan cipta kejutan.

SELEPAS empat tahun gagal terpilih selaku Pemain Tengah Terbaik, Nor Azam Abdul Azih tetap menyimpan impian untuk meraih gelaran berkenaan pada  Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20.

Tersenarai bersama sembilan lagi calon lain, pemain tengah Pahang ini bagaimanapun tetap bersyukur apabila tersenarai untuk meraih gelaran berkenaan.

Baginya, bukan mudah untuk mengakhiri penantian memenangi kategori berkenaan buat kali pertama selepas beberapa kali diketepikan sejak tercalon dalam kategori tersebut pada tahun 2017.

Azam tetap bersyukur apabila masih menjadi pilihan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik itu selain menganggap ia adalah satu pengiktirafan yang bermakna tidak kira siapa pun yang akan dinobatkan selaku Pemain Tengah Terbaik 2020.

“Saya sudah empat kali tercalon dalam kategori ini termasuk tahun ini tetapi masih tiada rezeki untuk menang dan saya pun tidak boleh nak jangka siapa yang mungkin akan menang kerana sembilan lagi calon lain yang ada bukan calang-calang.

“Kalau nak ikutkan, tahun ini agak hambar sikit untuk pencapaian peribadi saya jika nak dibandingkan dengan prestasi tahun lepas, jadi kita tengoklah siapa yang paling layak untuk menang anugerah itu nanti.

“Bagi saya, Safawi Rasid (JDT) dan Afiq Fazail (JDT) antara yang mungkin akan cipta kejutan dan tidak mustahil mereka akan menjadi pilihan kegemaran untuk mengungguli kategori itu”, katanya.

Selain Safawi dan Afiq, tujuh lagi calon untuk kategori Pemain Tengah Terbaik adalah Brendan Gan (Selangor), Gonzalo Cabrera (JDT), Leandro dos Santos (Perak), Leandro Velazquez (JDT), Lee Tuck (TFC), Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor).

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading