Antarabangsa Basikal Terkini

Jaguh berbasikal negara terus terus cipta kejayaan


Azizulhasni (kanan) dan Muhammad Shah Firdaus terus membuktikan kemampuan anak Malaysia di pentas antarabangsa. (Foto : MSN)
JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom terus membuktikan kemampuan anak Malaysia di pentas antarabangsa selepas berjaya menaiki podium dalam acara Kerin di kejohanan Australia Track Cycling National Championship, hari ini.
Berita gembira ini dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican melalui laman FB miliknya yang menghamburkan ucapan tahniah buat kedua-dua pelumba berkenaan.
“Mohammad Azizulhasni Awang menang pingat emas dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang pingat gangsa di 2020 Australia Track Cycling National Championship dalam acara kerin sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua atlet negara ini.
“Walaupun setelah agak lama tidak beraksi di kejohanan berbasikal, hari ini sekali lagi Azizulhasni muncul sebagai juara di kejohanan peringkat antarabangsa. Satu lagi kejayaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
“Saya yakin kejayaan seperti ini bakal menjadi pembakar semangat kepada seluruh atlet negara untuk terus berusaha meningkatkan prestasi dan menyertai kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment