Motorsport Semasa

DGJ Capital ringankan beban Karamjit Singh

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Daniel Yee (tengah) menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM10,000 kepada Karamjit (kanan). Foto :  Bernama 

 

PELUMBA sukan rali negara, Karamjit Singh terus diberikan suntikan motivasi dan sokongan kewangan untuk meneruskan kariernya menyertai kejohanan rali diperingkat domestik tahun depan.

Terbaharu pelumba berusia 58 tahun yang dikenali dengan julukan ‘Flying Sikh’ menerima sumbangan kewangan RM10,000 daripada DGJ Capital Sdn Bhd bagi mempersiapkan jentera peribadinya.

Bekas juara rali dunia itu bakal menyertai Kejohanan Terengganu Sprint Rally (TSR 2021) yang dijadualkan di Litar Permotoran Terengganu dan Litar Rali Bukit Payong pada 26 Februari ini .

Jelasnya, sumbangan wang ini akan digunakan untuk membuat kereta saya, Proton Gen2 yang diletakkan dirumah dan dua tahun tidak digunakan.

“Saya akan mempersiapkan kereta itu untuk perlumbaan rali pada bulan Februari tahun depan di Terengganu. Mungkin memerlukan lebih sikit untuk perbelanjaan ini. Tapi tidak mengapa, untuk permulaan ia boleh digunakan untuk mempersiapkan jentera serba sedikit.

“Untuk semua sekali dalam RM40,000. Ini semua untuk membeli tayar, baikpulih kotak gear, enjin dan macam-macam lagi,” katanya yang memerlukan sekurang -kurangnya bajet kira-kira RM3 juta bagi menyertai lapan siri perlumbaan di Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) bermula Mac tahun depan.

Juara APRC pada tahun 2001 itu sebelum ini menarik perhatian media apabila dilaporkan menjual kereta kesayangannya Proton Waja pada harga RM7,000 bagi mendapatkan modal membeli kereta baharu untuk bekerja sebagai pemandu Grab dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif DGJ Capital Sdn Bhd, Datuk Daniel Yew berkata, pihaknya bersimpati dengan apa yang dilalui Karamjit.

“Saya dapat lihat yang dia berada dalam kesusahan. Jadi kami ingin membantunya tanpa mengira (bangsa) Melayu, Cina atau apapun. Kami hanya mahu membantunya,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: