Basikal Terkini

Misi mencari Fatehah versi 2.0


MISI mencari pelapis untuk atlet berbasikal wanita seperti ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa giat dilaksankan Majlis Sukan Negara (MSN ) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) melalui program Pelapis Berbasikal Wanita.

Program yang sebelum ini dihentikan sementara ekoran pandemik Covid -19 dijadualkan bakal diteruskan dibeberapa lokasi bermula 19 Disember 2020 sehinggalah 16 Januari tahun depan dengan pencarian bakat baharu berusia 13 hingga 15 tahun.

Perlis bakal menjadi negeri pertama penganjuran program ini dikuti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya dan Selangor.

Melaka, Johor , Pahang, Terengganu serta Kelantan juga tidak terkecuali antara negeri  yang menjadi gelanggang buat peserta membuktikan kemampuan dimiliki.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman Facebook dan IG Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga

Berikut jadual  lengkap Pencarian Bakat Baharu Program Pelapis Berbasikal Wanita.

  • Perlis ( 19-20 Disember 2020) / Majlis Sukan Negeri Perlis
  • Kedah ( 21-22 Disember 2020) / Majlis Sukan Negeri Kedah
  • Pulau Pinang (23 -24 Disember 2020 ) / Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
  • Perak (26 -27 Disember 2020 ) / Majlis Sukan Negeri Perak
  • Negeri Sembilan/ Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Selangor ( 2-3 Januari 2021) / Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan
  • Melaka ( 5-6 Januari 2021) / Majlis Sukan Negeri Melaka
  • Johor (7-8 Januari 2021) / Majlis Sukan Negeri Johor
  • Pahang (10-11 Januari 2021) / Majlis Sukan Negeri Pahang
  • Terengganu (12-13 Januari 2021) / Majlis Sukan Negeri Terengganu
  • Kelantan (15-16 Januari 2021) / Majlis Sukan Negeri Terengganu

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment