Antarabangsa Bola Sepak

Resepi Mikel Arteta menjadi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arsenal gah di kejohanan Liga Europa berbanding domestik.

ARSENAL tampil garang di pentas Liga Europa apabila layak peringkat seterusnya sebagai juara Kumpulan B.

Uniknya, Arsenal meraih 18 mata dan menjadi satu-satunya kelab Liga Europa yang mampu meraih jumlah mata tersebut.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu menghasilkan 20 gol, kurang satu gol berbanding Bayer Leverkusen yang muncul kelab paling produktif, dengan 21 gol.

Kekuatan yang dipamerkan The Gunners di Eropah jauh berbeza apa yang dialami mereka ketika bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Secara umum, peringkat penyisihan kumpulan sangat positif.

“Tidak pernah mudah untuk memenangi pertandingan ini di Eropah. Saya fikir kami sangat konsisten dan bekerja baik (di Liga Europa),” jelas pelatih Arsenal, Mikel Arteta.

Sebagai contoh, Arsenal menumpaskan Dundalk 4-2 dalam peringkat terakhir kumpulan, sebentar tadi.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: